Sunday 11 November 2018

Tentang estetik hal-hal yang liar





1

Saya menyukai apa-apa saja yang liar dan kasar. Ia bermula dari kecil. Misalnya, semasa saya berusia 10 tahun, saya jumpa vcd Pearl Jam live dalam almari pusaka nenek saya. Ia mungkin milik abang saya. Saya pasang, dan mula enjoi dengan bunyi dan attitudenya walaupun, saya tak faham apa-apa mengenainya. Eddie Vadder nampak terlalu cool. Saya terbaca sajak Chairil juga dalam usia yang muda. Baris aku ini binatang jalang cepat menusuk ke dalam jiwa saya. Kenyataan pendahuluan ini tidak bermaksud untuk menerangkan betapa uniknya, atau sesuatu yang seakan seperti itu. Saya cuma terfikirkan tentang estetik dari sensasi liar/brutal/selekeh/. Di antara yang indah dan buruk, kemas dan selekeh, sempurna dan cacat. Yang penting juga, saya enjoi dengan adengan-adengan tempang dalam filem Jodorowsky.
2
Saya sukakan sajak Joko Pinurbo, tetapi tak gemar dengan sajak Sapardi. Pembaca sajak kontemporari juga sukakan T. Alias Taib, tapi saya tak suka. T. Alias Taib saya rasa pengungkapannya sederhana. Falsafahnya yang saya pernah baca, di antara botak dan berambut panjang, yang terbaik adalah rambut sederhana. Saya tak boleh cerna dengan idea tersebut. Jika saya, ia sama ada menjadi botak, atau berambut panjang. Dan ini tentu ada kaitan dengan jiwa yang ekstrim. Ia akhirnya kembali kepada selera individual

3
Dalam buku Beyond Good and Evil, Nietzsche memisahkan karakter seni pada dua sisi, Appolonian adalah Dewa Keindahan. Yang menyukai kesempurnaan. Simetri. Skema. Dioynisian adalah sebaliknya. Dewa pesta. Yang menyukai kekacauan. Pesta mabuk. Formless. Idea ini semakin jelas semasa saya menonton filem Terrence Malick, Tree of Life. Asal usul dunia terbentuk dari satu letusan, dan menghasilkan dua elemen ini. Terpisah dan bersatu. Beethoven adalah  Appolonian, dan The Ramones adalah Dionysian.

4
Perbahasan hangat tentang seni mencolok mata berlaku ketika di zaman Rennaisance. Leon Battista Alberti (1404-1472) mengutuk seni yang ekstrim, tidak bermoral, songsang contohnya mencantumkan anggota badan dan manusia. Bagaimanapun, Victor Marie-Hugo  telah membidasnya kembali. Kemuncak di dalam Kristian menurutnya adalah penyaliban Jesus. Imej Jesus disalib sangat brutal. Tidak indah. Tetapi menjadi igauan sehingga kini. Saya baru sahaja selesai menonton The Last Tempation of Christ arahan Martin Scorsese. Babak tersebut mengetarkan.

5
Ada perasaan yang jujur dalam keliaran. Ia tragis. Malaysia yang skema, yang halus, atau yang dibesarkan dengan Mahathirisme perlu didedahkan dengan pengalaman ini untuk capai kejernihan hidup kembali.




No comments:

Post a Comment