Dalam
satu wacana yang bertajuk, Philosophy, Arts & Dialogue yang disampaikan
oleh Dr. Ahmad Murad Merican, saya tertarik dengan skop sebagai ahli filosi. Katanya,
“Filosofi tak hasilkan produk atau memberikan perkhidmatan servis pada
pelanggan seperti kerjaya lain, apa yang filosofi lakukan adalah berdialog”.
Ucapan ini menjawab persoalan yang
sering berlegar dalam fikiran saya. Saya sering tak dapat pertahankan diri
apabila dikritik apa yang telah saya lakukan untuk kesenian selama ini. Mana
artwork saya misalnya. Selalunya situasi ini berlaku bila saya mengkritik
artworks pembikin seni yang lain.
Jika dikritik lagi, saya akan
menjawabnya dalam huruf besar dan emosi yang bersemangat: FILOSOFI BERDIALOG.
Jadi untuk memulakan dialog. Saya terfikir
untuk mulakan dalam kelompok komuniti kami. Dalam lingkungan pelajar. Saya tahu
sangat mustahil kalau hendak mulakan dengan topik yang serius dan akademik.
Lingkungan pelajar kita masih terlalu jauh untuk itu. Kami pernah cubanya
dahulu, ia tidak bertahan lama. Mungkin juga kami yang gagal menguruskannya.
Idea lain kami fikirkan adalah
dengan membuat perkara yang lebih seronok dan puas. Buat filem pendek, tayangkannya
dan berdialog sesama kami. Ia semestinya dilakukan secara berkala untuk mengekalkan
konsistensi dan momentum dialog tersebut.
Untuk spesifikasi konsep pembikinan filem
pendek tersebut pula, saya meletakkan syarat ia perlulah segar dan radikal.
Syarat tersebut saya kira wajar. Terlalu banyak rungutan tentang betapa
teruknya idea yang ada dalam hiburan komersial sekarang. Jadi untuk counter
saya rasa taklah susah sangat. Buat sahaja yang bertentangan dengan hiburan
arus perdana. Maka akan dapat kesegaran dalam karya yang nak dihasilkannya. Saya
juga menyarankan untuk mencuba pelbagai teknik dan aliran yang sedia ada dalam
teori perfileman. Surrealisme,
eksprimental, realisme sosial, nihilisme. Apa-apa sahaja dan tak kisah
hasil yang akan keluar bagaimana.
Pada hari Jumaat, bertarikh 4
November 2016 adalah tayangan pertama filem-filem pendek yang telah
dikumpulkan. Dalam tulisan ini juga, saya berharap tayangan ini akan berterusan
dan untuk itu ia perlukan lebih banyak filem-filem pendek yang perlu
dikumpulkan. Ia terbuka pada sesiapa sahaja kerana saya percaya setiap orang
menyimpan syaitan dalam diri masing-masing, cuma macam mana hendak keluarkannya
dalam bentuk format filem.
Jangan tunggu lagi, mulakan rakam idea
gila anda dan kita dialog bersama-sama.
No comments:
Post a Comment